Latar belakang Susan Sontag

Susan Sontag dilahirkan di bandaraya New York dan membesar di Tucson, Arizona, Amerika Syarikat. Beliau mendapat pendidikan menengah di Los Angeles, California sebelum melanjutkan pendidikannya di Universiti California di Berkeley dan kemudiannya di Universiti Chicago dalam bidang falsafah, sejarah tamadun awal, dan sastera.[1] Sewaktu menuntut di Chicago, Susan Sontag giat mempelajari karya falsafah Jerman. Selepas dianugerahkan ijazah Sarjana dalam bidang falsafah, beliau melanjut ke peringkat Doktor Falsafah dengan kajiannya dalam metafizik, falsafah Yunani, dan teologi di Universiti Harvard.